Pada hari Khamis minggu lepas,saya dan keluarga melawat ke Taman Seribu Bunga yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Setiba kami semua di sana, saya terus mengeluarkan kamera saya lalu mengambil sedikit gambar mengenai bunga.
Selepas itu, kami berjalan menuju ke sebuah air pancut yang setinggi sebuah rumah. Saya juga apa lagi,teruslah saya mengambil gambar tentang air terjun. Saya juga kagum tentang keindahan alam jadian itu.
Di sana juga terdapat padang rumput yang boleh juga dikatakan sebagai luas. Di sebelah air terjun tadi, terdapat pejabat Yang- Dipertuan Negeri Melaka. Saya juga ternampak seorang anggota polis sedang menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh.
Wed 24-Oct-2007 15:36 Posted by:<< jeff >> - [Link]
akar keladi melilit selasih,
selasih tumbuh dihujung taman,
kalungan budi junjungan kasih,
mesra kenangan sepanjang zaman....
Sat 27-Oct-2007 09:07 Posted by:Ilman n Company - [Link]
rasa cam kenal je ...hehehe....
bro jeff junior rupanya....
Wed 7-Nov-2007 00:18 Posted by:mama kimi linsacinsa@yahoo.com - [Link]
bagus..bagus..rajin Amirul g jln2..tp 1 je ke bunga (orkid)..xpe, next enry kot mayb ade >1000 bunga, nama pn Taman 1000 Bunga..
cuti sekolah ni mesti lagi 'kencang' g jln2 ek..Cuti-cuti Malaysia