- ** From The Eyes Of A Child ** - Fotopages.com
Menziarahi
Gambar kubur di atas ialah kubur atuk saya yang dahulunya tinggal di Shah Alam,Selangor. Atuk saya telah kembali ke rahmatullah pada 21 Julai 2007. Pada hari Ahad lepas, ayah dan keluarga telah melawat ke kubur atuk .
Membeli cermin mata baru.
Ibu dan bapa saya membeli cermin mata baru di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka. Jenama cermin mata tu semua jenama  yang bagus belaka. Maklumlah dah terpaksa kan kerana cermin mata tu pun dah lama dah.
Jenama yang saya cakap bagus tu semua ialah seperti Levis, Crocodile Range, Bonani dan banyak lagi lah. Ibu saya membeli cermin mata yang berjenama Crocodile Range manakala bapa saya membeli cermin mata yang jenamanya ialah jenama Levis.
Itulah sahaja cerita yang akan saya sampaikan kepada anda semua yang berada di luar sana. Babai!
Berjalan ke Kuala Lumpur.
Pada hari Ahad dan Isnin minggu lepas, saya dan keluarga pergi ke Kuala Lumpur kerana emak saya terpaksa pergi bekerja di sana. Ketika  menetap di Hotel Capitol kami dapat juga berjalan di kawasan Bukit Bintang pada sebelah malamnya.
Kami juga dapat melawat muzium shah alam semasa berada di sana.
Bunga-bunga di merata tempat.
Selepas itu, kami berjalan menuju ke sebuah air pancut yang setinggi sebuah rumah. Saya juga apa lagi,teruslah saya mengambil gambar tentang air terjun. Saya juga kagum tentang keindahan alam jadian itu.
Di sana juga terdapat padang rumput yang boleh juga dikatakan sebagai luas. Di sebelah air terjun tadi, terdapat pejabat Yang- Dipertuan Negeri Melaka. Saya juga ternampak seorang anggota polis sedang menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh.
Suasana Di Hari Raya
Pada hari Jumaat malam,saya dan keluarga berkunjung ke rumah nenek di Shah Alam,Selangor. Pada pagi raya,saya memakan ketupat, lemang, nasi empet, rendang ayam dan pelbagai jenis kuih-muih. Selepas itu,saya dan seluruh keluarga yang tinggal di negeri  yang sama pergi ke rumah moyang untuk beraya di Petaling Jaya. Selepas itu,saya tinggal di rumah nenek sehingga hari Ahad.
Pada waktu petang saya balik ke Melaka semula. Selepas  itu kami memulakan perjalanan kami ke rumah atuk dan nenek di Muar,Johor. Setelah kami sampai di sana, saya bersalaman dengan semua ahli keluarga yang sudah berkumpul di sana. Pada waktu tengah hari,saya dan semua ahli keluarga pergi beraya ke Kesang, Sg.Rambai dan Kandang. Saya mendapat banyak duit raya. Itulah pengalaman yang paling baik untuk saya. Datanglah rumah untuk beraya!
Cara-cara membuat kuih tat.
Pada pagi Sabtu iaitu bertarikh 6 Oktober,emak saya membuat kuih tat di rumah.Saya juga menolong emak dengan mengacau jem nenas yang telah dibuat.Saya juga sempat mengambil sedikit gambar dan saya akan memasukkan gambar itu ke dalam fp.
Going to the aquarium.
Pada hari Selasa, saya dan keluarga pergi ke Akuarium Xian Leng yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor. Terdapat pelbagai jenis ikan seperti koi, kap jepun, patin putih, arowana, kura-kura buaya dan sebagainya. Itu ialah pengalaman yang paling bermakna buat saya dan berharap dapat melawat ke situ lagi pada masa hadapan.
Happy Fathers Day
Happy belated father's day...
from mama, abang & adik wawa
Burning Sun
Masjid Selat Melaka